MENGAPA RAMAI BINTANG PL BEGITU OBSES DENGAN SALT BAE?

Minggu ”International Break” telahpun berakhir setelah para pemain menempuhnya selama 2 minggu. Sepanjang minggu ”International Break”, ada pemain yang mengikuti latihan bersama skuad negara mereka untuk menghadapi perlawanan persahabatan dan ada juga pemain yang mengambil kesempatan untuk berehat daripada melakukan sebarang aktiviti mengenai bolasepak.

Aksi di antara England menentang Itali pada minggu ”International Break” yang berkesudahan 1-1

Selain itu, ada juga pemain terkenal yang beraksi di PL meluangkan masa untuk berjumpa bintang Internet yang terkenal di seluruh dunia iaitu Salt Bae.

SIAPAKAH SALT BAE?

Mungkin ramai yang mengenali dengan diri beliau, Salt Bae atau nama sebenarnya Nusret Gökçe iaitu seorang jejaka yang pernah viral dengan memakai baju-t putih, berkaca mata gelap dan berbadan ”sado” serta memotong daging dan kemudiannya menabur garam dengan gaya tersendiri sehingga menjadi perbualan hangat di kalangan pengguna-pengguna Internet. Videonya itu juga menjadi bahan sensasi di Instagram, Facebook dan Twitter.

Video Salt Bae ini menjadi tular sekitar awal tahun 2017

Jadi, bintang-bintang terkemuka yang beraksi di EPL juga tidak melepaskan peluang dengan melawat restoran Salt Bae ini yang terletak di Abu Dhabi pada minggu ”International Break” baru-baru ini. Jom kita tengok karenah-karenah pemain handalan di PL apabila berjumpa dengan Salt Bae ini!

Kevin de Bruyne sempat bergambar dengan Salt Bae pada minggu lepas.
Cesc Fábregas dan kekasihnya tidak melepaskan peluang untuk ”berselfie” dengan tokey kedai.
Walaupun tercedera, Sergio Agüero merebut peluang untuk bergambar dengan Salt Bae bersama bekas bosnya, Roberto Mancini.

Namun begitu, masih belum dapat kepastian mengapa pemain-pemain terkenal di PL ini begitu obses dengan dirinya sedangkan beliau tiada kaitan pun mengenai bolasepak. Walaubagaimanapun, Salt Bae telahpun sebati dengan bolasepak bukan sahaja di luar padang, malahan di atas padang pun begitu juga. Bukan itu sahaja, ramai lagi bintang-bintang yang sudah bertemu dengannya seperti Mesut Özil, Benjamin Mendy, Alvaro Morata, Jose Fonte (West Ham) dan ramai lagi!

Penyerang Arsenal, Danny Welbeck meraikan gol dengan melakukan gaya Salt Bae pada musim lepas.

Leave a Reply

%d bloggers like this: