LIHAT KEMUDAHAN AKADEMI BOLA SEPAK TERBESAR DI DUNIA

Akademi bola sepak terbesar di dunia bukannya terletak di England, Sepanyol,Itali atau Jerman tetapi ianya terletak di Asia iaitu di Guangzhou,China.

Dibina di atas tanah seluas 300 ekar dari luar akademi bola sepak milik kelab China, Guangzhou Evergrande ini kelihatan seperti Disneyland.

Pembinaan akademi bola sepak ini siap dalam tempoh 10 bulan dan menelan kos sebanyak RM715 juta!

Setakat kini akademi ini telah melatih lebih 2600 orang pelajar lelaki dan 200 pelajar perempuan daripada pelbagai peringkat umur.

Fasiliti Berkelas Dunia

Akademi bola sepak ini mempunyai 50 padang bola sepak dimana setiap pelajar akan berlatih selama 6 hari seminggu.

Selain padang bola akademi ini juga lengkap dengan gim,gelanggang bola keranjang,tenis, bola tampar ,kolam renang, bilik tayangan,perpustakaan dan beberapa buah kantin.

Nota: Tonton video pemandangan akademi Guangzhou Evergrande di bawah.

Mereka juga mengrekrut chef masakan khas daripada daerah Xinjiang untuk memasak masakan halal buat pelajar Muslim.

Mereka juga membina replika trofi FIFA World Cup setinggi 40 kaki sebagai peringatan dan inspirasi harian buat warga akademi untuk mencapai impian China untuk menjuarai Piala Dunia suatu hari nanti.

Tenaga Pengajar Daripada Sepanyol

Bagi memastikan pelajar-pelajar akademi disini mendapatkan didikan tunjuk bola sepak terbaik kelab Guangzhou Evergrande berkerjasama dengan kelab gergasi Sepanyol,Real Madrid.

Sebanyak 24 jurulatih akademi Real Madrid ditempatkan di akademi ini.

Menurut Sergio Zarco Diaz yang merupakan salah seorang jurulatih Real Madrid yang ditempatkan di akademi tersebut pelajar-pelajar disana mempunyai potensi besar untuk terus berkembang.

“Secara teknikalnya mereka bagus dan mempunyai kemahiran teknikal yang tinggi tetapi perbezaan ketara dapat dilihat dari segi taktikal terutamanya dalam proses membuat keputusan,” kata Diaz.

Untuk menyertai akademi Guangzhou ini bukanlah percuma.

Setiap pelajar dikenakan yuran sebanyak 60,00 yuan (RM36 000 ) setahun.

Namun begitu,bagi pelajar berbakat akan menerima biasiswa khas oleh Guangzhou Evergrande.

Akademi yang bermula pada tahun 2012 ini bukan sahaja bertujuan untuk melahirkan pemain berbakat buat Guangzhou Evergrande sahaja tetapi lebih kepada melahirkan pemain berbakat buat skuad kebangsaan China.

China mensasarkan untuk kembali menjadi kuasa besar Asia pada tahun 2020 dan mensasarkan untuk menjadi kuasa besar bola sepak dunia dalam tempoh 20 hingga 30 tahun.

Leave a Reply

%d bloggers like this: