PENGADIL INI DILAYANGKAN KAD KUNING OLEH PEMAIN KERANA DIVING

Ya anda tidak salah membaca tajuk.Pengadil ini dilayangkan kad kuning kerana melakukan simulasi (diving) ketika perlawanan.

Kebiasaannya kita selalu dengar pemain dilayangkan kad kuning kerana melakukan dive tetapi kali ini situasi berbeza berlaku.

Kejadian ini berlaku dalam perlawanan Eredivise,Belanda diantara Vitesse dan Twente.

Dalam perlawanan tersebut pengadil perlawanan Jochem Kamphuis telah bertembung dengan pemain dan Kamphuis telah terjatuh seperti melakukan dive.

Pemain Vitesse,Navarone Foor telah mengambil kad kuning di poket pengadil dan melayangkan pengadil kad kuning kepada pengadil kerana melakukan diving.

(Nota: Tonton bagaimana pengadil dilayangkan kad kuning oleh pemain video di bawah)

Namun ianya hanyalah satu gurauan daripada Foor dan pemain Vitesse itu bernasib baik kerana tidak dikenakan sebarang tindakan oleh pengadil.

Kejadian ini mengingkan kita bagaimana lagenda England,Paul Gascoigne dilayangkan kad kuning selepas melayangkan kad kuning kepada pengadil.

(Nota:Tonton Paul Gascoigne dilayangkan kad kuning kerana melayangkan kad kuning kepada pengadil video di bawah)

Leave a Reply

%d bloggers like this: