5 JENIS PEMINAT WORLD CUP DI MALAYSIA

Kehangatan FIFA World Cup 2018 di Russia terus dirasai dengan kejohanan berprestij tersebut telah memasuki fasa perlawanan kedua peringkat kumpulan. Peminat Malaysia tidak putus-putus bercakap tentang bola sepak tidak kira sedang berada di tempat kerja, di kedai mamak mahupun sedang beraya di kampung! Melihat kerancakan perlawanan bolasepak setiap kali ia tiba, kami menyenaraikan lima jenis penyokong yang kita selalu dapat lihat.

1. Fantasy World Cup

Penyokong kategori ini selalunya bermain Fantasy Premier League ketika musim bola sepak biasa. Mereka akan menjadikan 1 atau 3 pemain dalam sesebuah pasukan tersebut sebagai pemain kegemaran mereka, dan meletakkan pemain tersebut dalam skuad ‘fantasy’ mereka. Mereka berharap pemain tersebut berjaya jaringkan gol atau bantuan gol sekiranya pemain tersebut beraksi di bahagian tengah dan penyerang. Kalau penjaga gol dan pertahanan pula, mereka akan sentiasa mengharapkan kedua-dua posisi ini tidak di bolosi. Hampir semua data pemain yang bertanding dalam kejohanan Piala Dunia kali ini mereka ada.

2. Score Prediction

Meramal suatu perkara sukar dalam bola sepak tetapi bila tekaan kita tepat pastinya memberi satu kepuasan. Namun begitu saingan Piala Dunia sentiasa sukar untuk dijangka kerana terlalu banyak kejutan akan berlaku. Bagi peminat yang suka melakukan ramalan ini kebiasaannya mereka akan senaraikan ramalan setiap hari sebelum perlawanan bermula. Pada waktu Piala Dunia ini juga anda akan dapat lihat banyak lihat pertandingan teka dan menang dianjurkan. Peminat juga boleh sertai score prediction game di Shopee sekarang!

3. Team Kedua

Kita mesti ada jumpa ramai kawan-kawan yang perangai macam ini. Sentiasa ada ‘backup team’ dalam saingan Piala Dunia ketika pasukan pertama yang mereka pilih sudah terkandas awal. Mereka bukan sahaja satu ‘backup team’ tidak mustahil mereka ada dua atau tiga pasukan! Gelaran masyur yang di berikan kepada mereka ialah ‘penyokong lalang’. Geng lalang ini semakin ramai apabila kejohanan memasuki peringkat kalah mati.

4. Pemain Hensem

Perempuan dalam bolasepak, satu perkara yang begitu asing namun kadang-kadang bila ada golongan mereka yang meminati bolasepak, mereka memang betul-betul serba tahu. Namun ada juga perempuan yang menyaksikan bolasepak hanya untuk menonton pemain-pemain bolasepak yang kacak seperti Cristiano Ronaldo.

5. World Cup Collector

Untuk peminat kategori ini mereka begitu teruja ‘bershopping’ setiap kali kejohanan ini bermula. Dari jersi, keychain, selimut, mug dan pelbagai barangan edisi khas Piala Dunia mereka cuba kumpul. Pada zaman sekarang ianya lebih mudah kerana barangan ini boleh didapati secara online dengan banyak pilihan seperti Shopee.

#ShopeeDemamBola

Salah satu tempat yang anda boleh kunjungi untuk mendapatkan barangan edisi khas Piala Dunia ialah di laman Shopee, di mana anda boleh mencari keperluan bola sepak anda melalui telefon pintar dengan banyak pilihan pada harga berpatutan. Sebagai penaja Piala FA Malaysia 2018, Shopee juga menawarkan beli 1 percuma 1 untuk tiket Piala FA dan Liga Super 2018 sepanjang tempoh kempen!

Untuk pengetahuan anda sempena FIFA World Cup 2018 ini Shopee ada melancarkan kempen Demam Bola bersama Shopee di mana sambil membeli, anda boleh sertai aktiviti dianjurkan Shopee dan menangi pelbagai hadiah termasuk jemputan eksklusif ke Majlis Tontonan Perlawanan Akhir Piala Dunia 2018, Pencarian Pasukan Bola Sepak Kegemaran Malaysia yang menawarkan baucar tunai bernilai sehingga RM500,000 dan banyak lagi. Sertailah sekarang dan layarilah laman Facebook Shopee Malaysia, memilih pasukan bola sepak kegemaran dan menjawab soalan mudah!

Lebih menarik, kempen #ShopeeDemamBola ini menawarkan diskaun untuk pakaian dan barangan berasaskan sukan di laman membeli-belah Shopee! “Upsized Shocking Sale” akan diadakan 5 kali sehari untuk barangan yang dijual di Shopee termasuk tiket perlawanan akhir Piala FA dan tiket liga super “Cashback Voucher 15%” akan diberi.

Peminat bolasepak dapat menikmati jualan kemuncak Demam Bola dari 2 – 4 Julai 2018 yang menawarkan potongan harga sehingga 90% ke atas. Pada 2 – 4 Julai ini, Shopee menawarkan koleksi “The First Eleven”, “The 12th Man: Fans”dan “Bored Girlfriend”. Akhir sekali, Shopee juga menyajikan “World Cup Special Collection”, “World Cup Match Party” dan “Final Countdown”.

Untuk pengguna pertama kali Shopee, cepatlah muat turun Shopee & tebus produk di bawah dengan harga RM1 sahaja, gunakan kod “PLM1”!

Muat turun Shopee sekarang! – https://shp.ee/bpq3euf

Istimewa buat pembaca PL Malaysia sahaja, mereka boleh mendapatkan baucar RM7 bagi pembelian minimum RM50 (untuk semua pengguna Shopee) menerusi kod “PLM7”!

https://shp.ee/bpq3euf

Leave a Reply

%d bloggers like this: