Perlawanan La Liga Akan Diadakan Di Luar Sepanyol

Buat pertama kalinya dalam sejarah bola sepak Sepanyol perlawanan La Liga akan diadakan di luar Sepanyol.

Pihak La Liga dengan kerjasama syarikat Relevent Sports mengikat perjanjian selama 15 tahun untuk membawa perlawanan La Liga ke Amerika Syarikat atau Kanada.

Relevent Sports adalah syarikat yang berpusat di Amerika Syarikat yang dimiliki oleh Stephen Ross billionaire yang memiliki kelab NFL, Miami Dolphins.

Ini bermakna perlawanan popular seperti derbi El Classico diantara Barcelona dan Real Madrid buat pertama kalinya akan dapat disaksikan di luar negara.

Langkah yang diambil oleh La Liga ini bertujuan untuk mempromosikan La Liga dikalangan peminat bola sepak Amerika Utara yang dilihat semakin meningkat menyaingi NFL dan NBA.

“Kerjasama luar biasa ini adalah langkah seterusnya untuk meningkat populariti bola sepak di Amerika Utara.

“Kerjasama unik ini memberi peluang kepada jutaan peminat bola sepak di Amerika Utara untuk merasai pengalaman menonton bola sepak dengan penuh keterujaan pada tahap bola sepak tertinggi dunia,” kata pengerusi Relevent Sports,Ross.

Perlawanan pertama akan mula diadakan pada musim ini.Walaubagaimanapun tarikh,stadium dan pasukam terlibat masih belum diputuskan.

Namun begitu perlawanan El Classico diantara Barcelona dan Real Madrid dijangka akan diberi keutamaan untuk menaikkan rating penonton.

Untuk rekod Relevent Sports juga merupakan penganjur utama International Champions Cup sebuah kejohanan pra-musim yang menjemput kelab ternama Eropah ke serata dunia.

Leave a Reply

%d bloggers like this: