Lihat Bagaimana Pengurus Ini Membentes Pemain Sebelum Dibuang Padang

Pengurus akan lakukan apa sahaja strategi untuk memastikan kemenangan berpihak kepada pasukannya termasuklah membentes pemain lawan!

Kejadian berlaku semasa perlawanan Divisyen 2 di Romania diantara pendahulu liga Chindia Targoviste dan FC Arges.

Ketika perlawanan terikat 1-1 dan memasuki 10 minit terakhir perlawanan, Chindia melakukan serangan pantas di bahagian sayap.

Ketika inilah pengurus FC Arges,Emil Sandoi menjadi pemain ke-12 apabila menghulurkan kaki di tepi garisan padang sehingga menyebabkan pemain Chindia terjatuh.

Pada mulanya ianya dilihat sebagai insiden yang tidak sengaja tetapi ulang tayang telivisyen secara jelas menunjukkan Sandoi melakukannya dengan sengaja.

Insiden tersebut dilihat penjaga garisan dan pengadil perlawanan kemudiannya mengarahkan Sandoi ke tempat duduk penonton.

Anda boleh lihat video insiden tersebut di bawah.

Leave a Reply

%d bloggers like this: