Jadual Sukar Menanti Liverpool Sepanjang Bulan September-Oktober

Liverpool memulakan musim ini dengan cemerlang apabila mencatatkan empat kemenangan daripada empat perlawanan.

Namun ujian sebenar mereka hanya akan bermula sepanjang September dan Oktober ini.

Minggu lepas berlansungnya undian peringkat kumpulan UEFA Champions League (UCL) dan juga undian pusingan ketiga Carabao Cup.

Liverpool antara pasukan yang boleh dikategorikan sebagai tidak bernasib baik apabila diundi bertemu pasukan yang sukar.

Untuk undian peringkat kumpulan UCL, Liverpool diundi dalam kumpulan C bersama kelab gergasi Perancis,Paris Saint Germain (PSG) dan juga naib juara Serie A musim lepas,Napoli.

Bagi undian Carabao Cup yang dijalankan pada hari yang sama Liverpool diundi bertemu Chelsea seawal pusingan ketiga.

Ini bermakna jadual sukar bakal menanti Liverpool sepanjang bulan September dan Oktober.

Dalam tempoh sebulan Liverpool akan berdepan empat perlawanan menentang pasukan Top 6 tidak termasuk perlawanan menentang PSG dan Napoli.

Bermula 15 September selepas liga berehat untuk memberi laluan tugasan antarabangsa Liverpool akan menghadapi Tottenham Hotspur di Stadium Wembley.

Empat hari kemudian Liverpool akan memulakan kempen mereka untuk saingan UCL musim ini melayan kunjungan PSG di Anfield.

Seminggu kemudian Liverpool akan menentang anak buah Maurizio Sarri di Anfield untuk saingan pusingan ketiga Carabao Cup sebelum bertemu pasukan yang sama empat hari kemudian di Stamford Bridge bagi perlawanan Premier League.

Ujian Jurgen Klopp tidak terhenti di situ apabila empat hari kemudian mereka akan berdepan cabaran Napoli untuk perlawanan UCL.

Tiga hari kemudian mereka bakal diuji oleh juara bertahan Premier League, Manchester City yang pastinya mahu membalas dendam atas kekalahan di tangan Liverpool musim lepas.

Satu-satunya perlawanan yang dianggap mudah buat Liverpool dalam tempoh tersebut ialah menentang Southampton di Anfield selepas pertemuan dengan PSG.

Tempoh kurang daripada sebulan ini pastinya menguji squad depth pasukan Liverpool yang berbelanja besar musim panas lepas.

Ini mungkin menjadi penanda aras Liverpool musim ini yang bercita-cita besar untuk menamatkan kemarau kejuaraan liga mereka selama 28 tahun.

Berikut kami rangkumkan jadual perlawanan sukar Liverpool pada bulan September dan Oktober.

September

Tottenham Hotspur vs Liverpool

Premier League

15 September

Stadium Wembley

Liverpool vs PSG

UCL

18 September

Stadium Anfield

Liverpool vs Chelsea

Carabao Cup

25/26 September

Stadium Anfield

Chelsea vs Liverpool

Premier League

29 September

Stadium Stamford Bridge

Oktober

Napoli vs Liverpool

UCL

3 Oktober

Stadio San Paolo

Liverpool vs Manchester City

Premier League

7 Oktober

Stadium Anfield

Leave a Reply

%d bloggers like this: