Chelsea Mahu Hantar Penyokong Bermasalah Ke Kelas Pendidikan

Penyokong Chelsea yang membuat masalah di Stamford Bridge bakal berdepan hukuman ke kelas pendidikan jika tidak mereka berisiko kehilangan tiket bermusim mereka.

Chelsea dalam perancangan untuk mengatasi masalah penyokong mereka yang sering melaungkan ejekan anti Yahudi.

Pemilik The Blues, Roman Abramovich yang juga merupakan seorang berketurunan Yahudi antara yang menyokong kuat insiatif tersebut bagi membendung sikap antisemitisme di kalangan penyokong.

Buck juga menjelaskan bahawa proses itu akan memberikan kesan jangka masa panjang daripada mengenakan hukum gantung kepada pihak yang bersalah.

Penyokong yang melaungkan ejekan anti-Yahudi juga mungkin akan dihantar ke kem Auschwitz sebuah pusat tahanan yang didirikan oleh Nazi ketika menahan kaum Yahudi suatu ketika dahulu.

Kem Auschwitz

“Jika anda hanya menggantung mereka, anda tidak akan mengubah sikap mereka,” kata Buck kepada The Sun.

“Polis telah memberikan mereka peluang untuk fikirkan semula apa yang telah mereka lakukan dan menjadikan mereka lebih baik.

“Pada masa lalu, kami mungkin menggantung mereka untuk tiga tahun atau lebih.

“Tetapi sekarang kami katakan, ‘anda melakukan sesuatu yang salah.Anda ada pilihan di sini.Kami boleh menggantung anda atau luangkan sedikit masa bersama pegawai-pegawai kami untuk mengetahui apa kesalahan yang anda telah lakukan.

“Ia sukar untuk bertindak ke atas kumpulan yang mempunyai 50 atau 100 orang.Secara logiknya ia sukar untuk kami mengatasinya atau mengheret mereka keluar dari stadium.

“Tetapi jika kami ada individu tertentu yang kami berjaya kenalpasti, kami boleh bertindak.”

Buck telah berkata kepada Parlimen British di mana Chelsea sedang melihat semula rakaman untuk mengenalpasti punca permasalahan ini.

Beliau menambah : “Chelsea dan Yayasan Chelsea telah membuat kerja yang bagus kepada komuniti tetapi beberapa hari lalu Abramovich telah datang kepada kami dan meminta kami untuk melakukan sesuatu yang agak agresif untuk mengatasi gejala antisemitisme.

“Sejak beberapa tahun yang lalu, kami telah menganjurkan pelbagai acara dan berusaha begitu keras untuk menjayakannya.

“Acara di Parlimen ini juga antara acara yang menarik apabila kita turut menerima kehadiran Speaker Menteri Sukan dan Perumahan dan kami akan menunjukkan satu video untuk kami mempromosikan lagi kempen ini.

“Kemudian akan ada sesi bersama panel untuk membincangkan langkah seterusnya dan ia akan menjadi lebih menarik kepada para pengunjung.Kami hanya mahu membasmi sikap antisemitisme di dunia ini.

“Kami berharap kami mampu membentuk kerjasama dengan kelab lain dan dalam masa yang sama memberikan sumbangan yang bagus kepada masyarakat.”

Pada September 2017, Chelsea mengutuk sekeras-kerasnya tindakan penyokong mereka sendiri yang menganiaya pasukan lawan, Spurs yang mempunyai ramai pengikut berketurunan Yahudi.

Leave a Reply

%d bloggers like this: