Sarri Dedahkan Satu Perkara Yang Mengejutkan Beliau Pada Musim Ini

Maurizio Sarri mengakui bahawa beliau sangat terkejut dengan permulaan cemerlang Chelsea pada awal musim.

The Blues masih kekal belum tewas dalam 15 perlawanan pertama musim ini dengan 12 daripadanya berakhir dengan kemenangan sejak pengendali Itali itu berhijrah ke London dari Napoli.

Chelsea setakat ini gagal mengutip mata penuh ketika berdepan West Ham, Liverpool dan Manchester United yang menyaksikan mereka menduduki tempat ketiga dalam carta Premier League.

Sarri juga berjaya membimbing Chelsea ke peringkat suku akhir Piala Carabao di mana mereka dijadualkan bertemu Bournemouth setelah mengetepikan cabaran Liverpool dan Derby County pada peringkat sebelumnya.

Begitu juga di peringkat Eropah apabila mereka mencatat tiga kemenangan daripada tiga perlawanan dalam saingan peringkat kumpulan UEL yang turut disertai PAOK, Vidi dan Bate Borisov.

Sarri ditanya sama ada beliau menjangkakan sama ada The Blues mampu memulakan kempen sebaik ini, beliau membalas : “Tidak.”

“Kerana berdasarkan pengalaman saya sebelun saya menyertai Chelsea, saya akan bergelut pada dua bulan pertama.”

“Saya fikirkan bahawa di sini perkara yang sama akan berlaku. Mungkin di sini saya agak bernasib baik kerana para pemain masih mampu mencatat kemenangan walaupun tanpa organisasi taktikal yang bagus.”

Sarri juga berkata bahawa beliau lebih rela untuk membangunkan pemainnya sendiri berbanding melaburkan wang yang banyak untuk menyelesaikan masalah pertahanan Chelsea.

Kegagalan Antonio Conte pada pintu perpindahan telah menyebabkan hubungannya dengan pengurusan tertinggi sedikit tercalar tetapi Sarri berkata : “Ia terlalu mudah untuk pergi ke pasaran perpindahan untuk selesaikan segala masalah.”

“Kami perlu meningkatkan pemain yang sedia ada kerana mereka boleh meningkatkan prestasi mereka.”

“Untuk pasaran perpindahan, itu adalah terpulang kepada kelab. Saya boleh kata kepada kelab apa pendapat saya serta apa yang saya perlukan. Tetapi saya rasa tugas saya adalah untuk meningkatkan kualiti pemain saya.”

“Saya tidak meminta apa-apa [sama ada mempunyai peruntukan dana untuk jendela perpindahan Januari] tetapi buat masa ini saya rasa kita boleh terus menggunakan pemain yang sedia ada. Kami mungkin tidak cukup kuat untuk bersaing di kedudukan teratas tetapi kami telah mencuba untuk menghampiri kedudukan itu.”

Leave a Reply

%d bloggers like this: