Messi Akhirnya Buka Mulut Spekulasi Hijrah Ke Premier League

Pemain penuh sensasi, Lionel Messi telah dianggap sebagai salah seorang pemain bola sepak terbaik sepanjang zaman.

Pemain FC Barcelona itu acap kali ditanya berkenaan kemungkinan akan bermain di Premier League dan adakah persembahannya akan sama seperti sekarang.

Akhirnya, Messi buka mulut dan bersedia untuk menjawab soalan tersebut.

Lionel Messi
Messi Telah 5 Kali Memenangi Anugerah Ballons D’Or

Di samping telah menjaringkan 600 gol sepanjang kariernya, pemenang 5 kali anugerah Ballons d’Or ini diragui kebolehannya kerana telah habiskan sebahagian besar masa di Sepanyol.

Pakar bola sepak Sepanyol, Guillem Balague baru-baru ini bertanyakan Messi soalan tersebut dan terima jawapan yang sangat tajam.

“Saya bertanya beliau tentang apa yang masyarakat England sedang perkatakan – Anda tak boleh lakukan dengan baik jika berada dalam suasana sejuk, lembab pada malam Selasa di Stoke.” – Seperti yang dilaporkan dalam Mirror Daily.

“Mereka perlu lihat bagaimana saya bermain ketika di Rosario. Saya bermain dengan baik di sana juga.” jawab pemenang 5 kali anugerah Ballons D’Or itu.

Rosario merujuk kepada bandar tempat kelahirannya di Argentina.

Messi Dikaitkan Dengan Perpindahan Ke Manchester City

Pemain berusia 31 tahun itu telah memulakan kariernya bersama pasukan dari bandar tersebut, Newell’s Old Boys dan Grandoli sebelum menandatangani kontrak bersama Barcelona pada usia 13 tahun.

Soalan berkenaan penghijrahan ke Premier League kerap ditanya dan berbagai spekulasi turut timbul kerana pemain tersebut tidak pernah bermain di sana.

Pep Guardiola, dilaporkan suarakan kemungkinan akan membawa Messi bersama Manchester City, kelab bimbingannya sekarang.

Walaupun tidak bermain dengan kelab Inggeris, beliau telah pun berjaya menjaringkan 22 gol ketika menentang mereka di UEFA Champions League.

Ini termasuk 4 jaringan dalam 1 perlawanan ketika menentang Arsenal pada tahun 2010.

Jaringan tersebut berkemungkinan akan menambah lagi koleksi jaringannya pada 11 Disember ini, apabila akan menentang Tottenham di Nou Camp, Barcelona.

Kontrak Pertama Dan Kain Napkin

Ramai yang tak tahu, Messi telah menandatangani kontrak pertamanya bersama Barcelona pada tahun 2000 dengan hanya menggunakan sehelai kain napkin!

Kontrak Pertama Messi Bersama Barcelona Ditulis Atas Kain Napkin

Apabila ditanya kepada setiausaha teknikal, Carles Rexach berkenaan perkara tersebut, ini jawapannya;

“Saya tak mahu bazirkan masa dan kertas.”

Dan hari ini, bintang berusia 13 tahun tersebut menjadi rebutan dunia.

Leave a Reply

%d bloggers like this: