Man City Ukir Rekod Baharu Dalam Sejarah Bolasepak England

Anak buah Pep Guardiola catat rekod baharu dengan memiliki jumlah perbezaan gol yang paling banyak dalam 15 perlawanan pertama di dalam sejarah bolasepak England.

“Manchester City is on Fire”. Itulah ungkapan yang sesuai diberikan kepada pasukan itu setelah menewaskan Watford 2-1 pada aksi awal pagi tadi sekaligus berada di puncak liga dengan jurang 5 mata di atas Liverpool.

Leroy Sané dan Riyad Mahrez adalah 2 individu membantu mengutip 3 mata berharga buat The Citizens di Vicarage Road. Walaupun mereka gagal mempertahankan 2 gol defisit selepas bolos dengan jaringan Abdoulaye Doucouré pada lewat permainan, namun itu adalah pencapaian yang terbaik oleh juara bertahan itu yang beraksi tanpa kelibat Raheem Sterling dan Sergio Agüero.
City semakin di depan bak kata Valentino Rossi
Kemenangan mutlak ke atas The Hornets itu bermakna City telah mengumpul 38 perbezaan jaringan gol di liga PL pada 15 perlawanan yang pertama.

Jika mahu dibandingkan, pasukan England yang mampu mencipta rekod lebih daripada itu adalah Sunderland pada tahun 1892-1893 dengan memiliki 39 perbezaan jaringan gol.

Sudah semestinya itu adalah salah satu rekod yang paling membanggakan Man City jika mahu dibezakan dengan pasukan yang lain.

City juga masih sukar ditewaskan di liga dengan 13 kemenangan dan 2 seri dilakar pada musim ini.

Semestinya mereka adalah pasukan “favorite” untuk menjulang trofi PL untuk 2 musim berturut-turut!

Leave a Reply

%d bloggers like this: