Harga Tiga Pemain Liverpool Meningkat £79 Juta Dalam Tempoh Tiga Bulan

Kedudukan Liverpool yang berada puncak carta Premier League telah memberi impak yang besar kepada nilai pemain mereka.

Kemenangan 4-0 ke atas Bournemouth pada Sabtu lalu telah meletakkan mereka sebagai pendahulu liga setakat ini dan mereka kekal di situ selepas Chelsea menewaskan Manchester City 2-0.

Kini skuad kendalian Jurgen Klopp mengalihkan perhatian mereka kepada misi wajib menang dalam saingan UCL apabila mereka dijadualkan menentang Napoli di Anfield pada awal pagi Rabu.

CIES Football Observatory mengeluarkan statistik terbaru iaitu peningkatan harga pemain dalam tempoh tiga bulan (September hingga Disember) dan trio The Reds tersenarai dalam senarai 10 pemain teratas.

Andrew Robertson berada pada kedudukan ketiga dalam senarai itu apabila harganya meningkat sebanyak €32 juta (£28.8j) pada tiga bulan terakhir manakala Sadio Mane ditangga ketujuh dengan £26.7 juta sementara Trent Alexander-Arnold di tempat kesembilan dengan £23.3 juta.

Ini bermakna trio The Reds itu telah mencatat peningkatan nilai hampir £79 juta secara keseluruhannya berbanding ketika bulan September lalu.

Berada di senarai teratas tersebut ialah pemain muda meningkat naik dari England, Jadon Sancho.

Bintang baru Dortmund yang menjaringkan gol kemenangan ketika pertembungan derbi menentang Schalke pada Sabtu lalu telah menyaksikan peningkatan harga yang mendadak iaitu daripada €9.7 juta kepada €87.9 juta (£79.3j) dalam hanya tiga bulan.

Manchester City juga mempunyai dua pemain dalam senarai sepuluh teratas iaitu menerusi Bernardo Silva dan Aymeric Laporte manakala pembelian Everton pada musim panas lalu, Richarlison – yang dikritik hebat kerana harga terlalu tinggi iaitu £50 juta dari Watford – turut berada dalam senarai ini iaitu di tempat keempat selepas cemerlang menyumbat lapan gol serta melakukan penampilan sulung untuk Brazil.

Luke Shaw pula berada di tempat ke-13 selepas berjaya mendapatkan semula prestasi terbaiknya bersama United. Begitu juga dengan dua pemain England iaitu Callum Wilson dan Ben Chilwell yang turut berada dalam senarai 20 pemain teratas.

Penyerang Bournemouth, Wilson telah mencatat peningkatan harga daripada £18.6 juta kepada £30.3 juta sementara bek kiri Leicester, Chilwell meningkat daripada £18.5 juta kepada £34.8 juta.

10 Pemain Yang Mencatat Peningkatan Harga Tertinggi Dalam Tempoh Tiga Bulan :

1. Jadon Sancho (Dortmund) – Nilai sebelum ini €9.7j, nilai sekarang €87.9j (+ €78.2j)

2. Joao Cancelo (Juventus) – Nilai sebelum ini €27.8j, nilai sekarang €74.2j (+ €46.4j)

3. Andrew Robertson (Liverpool) – Nilai sebelum ini €47.8j, nilai sekarang €79.8j (+ €32j)

4. Richarlison (Everton) – Nilai sebelum ini €45.3j, nilai sekarang €76.3j (+ €31j)

5. Thilo Kehrer (PSG) – Nilai sebelum ini €24.3j, nilai sekarang €54.7j (+ €30.4j)

6. Bernardo Silva (Man City) – Nilai sebelum ini €98.8j, nilai sekarang €128.6j (+ €29.8j)

7. Sadio Mane (Liverpool) – Nilai sebelum ini €95.7j, nilai sekarang €125.3j (+ €29.6j)

8. Aymeric Laporte (Man City) – Nilai sebelum ini €74.5j, nilai sekarang €103.5 (+ €29j)

9. Trent Alexander-Arnold (Liverpool) – Nilai sebelum ini €83.4j, nilai sekarang €109.2j (+ €25.8j)

10. Kylian Mbappe (PSG) – Nilai sebelum ini €191.2j, nilai sekarang €216.3j (+ €25.1j)

Leave a Reply

%d bloggers like this: