Pemain Baru Arsenal Ini Berusaha Untuk Mendapatkan Tempat Dalam Kesebelasan Utama

Pemain tengah yang dipinjamkan dari Barcelona pada Januari lepas telah mengejutkan Emery dan mungkin akan diletakkan sebagai pemain utama menentang Huddersfield nanti.

Denis Suarez menunjukkan permulaan yang bagus dalam kerjayanya di Arsenal pada hujung minggu ini selepas mengejutkan Unai Emery dengan aksi latihannya.

Suarez bersetuju untuk berpindah ke Premier League sebelum pintu perpindahan tamat selepas peluangnya di Camp Nou menjadi terhad di bawah pengurusan Ernesto Valverde.

Pemain berusia 25 tahun itu membuat debut bersama Arsenal daripada bangku simpanan menentang Manchester City minggu lepas, dan pemain itu bermain selama 24 minit dalam kekalahan 3-1 The Gunners di Stadium Etihad.

Selepas seminggu mengenali persekitaran barunya, Emery berharap Suarez dapat menjadi bahagian penting dalam skuad Arsenal untuk perlawanan akan datang.

“Perlawanan pertamanya minggu lalu adalah penyesuaian kepada kami dan juga dengan 25 minit menentang Manchester City,” katanya ketika persidangan media menjelang kunjungan ke Huddersfield Town Sabtu ini. “Tetapi sejak hari pertama dengan kami, dia sudah menunjukkan prestasi yang baik.

“Minggu ini dia berlatih pada hari Isnin dengan jurulatih kami dan juga hari ini. Dia bekerja dengan penyesuaian yang berbeza dan lebih baik daripada minggu lepas.

“Saya harap dia akan terus begitu, dia semakin baik bersama kami, jadi saya harap dia boleh tampil dalam perlawanan seterusnya seterunya membantu kami untuk menjadi lebih baik daripada perlawanan pertama menentang Manchester City.”

Arsenal tidak pernah menang apabila ke West Yorkshire dengan kalah 3 perlawanan terakhir.

Dan Emery tahu ia penting bagi mereka untuk mengubah rekod itu apabila mereka mahu bertanding di UCL musim depan.

“Ya, kita mesti menang,” katanya. “Kami mempunyai kemungkinan dan peluang untuk berada di tempat empat teratas tetapi kami tahu ia tidak mudah.

“Satu bulan lalu kami berada dalam keadaan yang sama, kami kuat di padang, tetapi saya fikir kami perlu melakukan yang lebih baik. Kami bermula dengan sangat baik, mengubah mentaliti kami untuk mendapatkan lebih banyak mata.

“Tetapi sekarang kami perlu memperbaiki keyakinan ini, prestasi ini. Kesempatan seterusnya adalah perlawanan menentang Huddersfield.

“Kami tahu bahawa pertahanan kami perlu melakukan lebih baik, kami telah mencuba bermain dengan tiga dan dua pertahanan. Kami telah menang dengan tiga dan kami telah menang dengan dua.

“Kami perlu meneruskan semangat dan juga tenang, tetapi kami mesti bekerja keras dan melakukan latihan yang baik dan kemudian menunjukkannya dalam perlawanan.

“Minggu ini sebagai contoh, kami telah menjalani latihan yang baik kerana perasaan pemain dan harapan mereka untuk bekerja setiap hari adalah baik. Saya mahu melakukan perkara yang sama pada hari Sabtu menentang Huddersfield.

“Selepas itu, kita tahu kita boleh menang tetapi jika kita tidak boleh menang, kita perlu yakin dan mengambil keyakinan dan terus bekerja.”

Leave a Reply

%d bloggers like this: