Ini Pesanan Terakhir Emery Kepada The Gunners Sebelum Turun Berdepan United

Pengurus The Gunners, Unai Emery berkata pengajaran boleh diambil daripada kekalahan kepada Rennes tetapi seluruh pasukan perlu segera berikan tindak balas seawal minggu hadapan.

Emery menegaskan kepada anak buahnya untuk segera bangkit dan buang keresahan daripada wajah mereka sebelum turun menentang The Red Devils.

Emery
Emery Gesa Pemain Untuk Positif Ketika Turun Menentang United

Ini susulan daripada kehadiran beberapa pemain di pusat latihan jelas kelihatan muram akibat kekalahan kepada Rennes.

Unai berpendapat ini bukan masanya untuk berasa cemas mahupun tidak bersemangat dan setiap pemain digesa untuk tidak berfikiran negatif.

United
United Kini Penuh Dengan Semangat Positif

“Saya mahukan semua pemain membantu saya dengan berikan cas positif yang sangat besar,” kata Unai.

“Sekiranya terdapat mana-mana pemain yang masih berasa lemah dan kurang bersemangat, anda boleh bercakap tentang itu kepada saya selepas hari Ahad,” tambah beliau lagi.

Arsenal turun menentang Manchester United yang sedang memegang rekod kebangkitan yang hebat dibawah pengurusan Ole Gunner Solskjaer.

ARsenal
Unai Perlukan Pemain Yang Positif Dan Yakin Dengan Kebolehan Pasukan

Berdasarkan rekod PL, Unted dan Arsenal boleh dikatakan memiliki kebolehan yang seimbang dan segalanya mungkin berubah selepas perlawanan Ahad ini.

Pasukan bimbingan Solskjaer itu kini penuh dengan semangat positif selepas berjaya menundukkan PSG sekaligus layak ke pusingan suku akhir UCL.

Emery akui mengalami masalah untuk tidur kerana kerap memikirkan apa yang akan berlaku dalam tempoh 90 minit tersebut ketika turun menentang United.

Pengurus Arsenal Itu Akui SUkar Tidur Malam Selepas Kekalahan Kepada Rennes

Tambah beliau lagi, sekiranya anak buahnya berupaya mengawal permainan selama 40 minit, segala-galanya akan berpihak kepada mereka.

Arsenal kini sedang bergelut untuk mencari rentak permainan mereka kembali selepas tewas kepada Rennes dan Emery sangat mengharapkan anak-anak buahnya akan sentiasa positif.

Bercakap tentang persiapan mental, United mungkin memiliki kelebihan berbekalkan semangat kemenangan berturut-turut mereka di samping rekod pertemuan sebelum ini juga berpihak kepada The Red Devils.

Kalah 1-3 kepada United di piala FA sedikit sebanyak menggugat semangat anak buah Emery.

Sebaliknya, meniup semangat Soslkjaer dan anak buahnya yang percaya segala-galanya akan berpihak kepada mereka.

“Kami tahu mereka sedang melakukan dengan sangat baik ketika ini. Ketika ini saya perlukan pemain yang boleh bermain taktikal dengan baik dalam perlawanan,” ulas Emery.

Leave a Reply

%d bloggers like this: