Unai Emery Sampaikan Mesej Penting Kepada Semua Penyokong Arsenal

Unai Emery hari ini menyeru kepada semua penyokong Arsenal untuk mencipta “suasana besar” di Stadium Emirate Khamis malam ketika turun menentang Rennes.

Arsenal berdepan misi untuk kembalikan defisit 2 mata selepas kalah 3-1 dalam perlawanan pusingan pertama sekiranya berjaya melangkah ke pusingan suku akhir.

Unai
Arsenal Harapkan Tuah Di Laman Sendiri Untuk Kembalikan Defisit 2 Mata

Namun begitu, Unai percaya penyokong Arsenal akan mainkan peranan besar ketika berada di laman sendiri dan berpeluang untuk mengubah keputusan permainan.

Untuk rekod, ketika ini Rennes berada di kedudukan ke-8 Liga 1 keseluruhan.

Ketua jurulatih Arsenal turut mengatakan mereka perlu bersama dengan penyokong dan mewujudkan “suasana besar” untuk hasilkan persembahan terbaik.

Emery
Emery Seru penyokong The Gunners Hasilkan Suasana Besar

“Kami perlu bermain dengan emosi yang tinggi tapi kami juga perlu membuat keputusan yang tepat ketika berada dalam permainan.”

“Ini adalah antara faktor yang sangat penting untuk perlawanan tersebut. Kami perlu mengawal permainan untuk keseluruhan 90 minit,” tambah beliau lagi.

Emery juga perlu berdepan dengan penyerang Rennes, Hatem Ben Arfa yang dilaporkan melakukan tingkah laku kurang sopan ketika perlawanan pusingan pertama.

Penyerang Rennes, Hatem Akui Gelakkan Bekas Pengurusnya, Emery Ketika Di PSG

Penyerang kelahiran Perancis itu akui beliau menggelakkan Emery yang juga merangkap bos beliau ketika di PSG.

Emery, bagaimanapun mengambil langkah sebaliknya apabila memuji Hatem beberapa hari sebelum perlawanan.

“Beliau adalah pemain yang hebat dan kami memandang tinggi kebolehannya,” kata Unai.

“Fokus saya adalah bersedia untuk perlawanan menentang Rennes dan menghasilkan pemain yang berkualiti sepertinya.”

Arsenal Mungkin Turunkan Lacazette Khamis Ini

The Gunners mungkin akan menurunkan penyerang, Alexandre Lacazette Khamis ini selepas berdepan hukuman kad merah pada pusingan pertama.

Namun begitu, Unai mungkin terpaksa melupakan khidmat pemain pertahanan Sokratis Papastathopoulous dan Henrikh Mkhitaryan.

Leave a Reply

%d bloggers like this: