Unai Emery Sedia Jual 7 Pemain Ini

Pengurus Arsenal, Unai Emery dilaporkan bersedia untuk jual 7 pemain ini sebagai persediaan perpindahan musim panas.

Emery menggantikan Arsene Wenger di Emirates pada musim panas lepas bakal melakukan rombakan besar-besaran namun hanya mempunyai peruntukan sebanyak £45 Juta.

Unai Emery
Emery Sedia Lepaskan 7 Pemain Arsenal

Pengurus kelahiran Sepanyol itu mungkin menambah jumlah peruntukan tersebut melalui jualan pemain sedia ada.

Daily Mail melaporkan beliau bersedia melepaskan barisan pemain utama Arsenal ketika ini di samping mengambil kira faktor kualiti semasa pasukan.

Antara pemain yang dikatakan bakal dijual ialah Shkodran Mustafi, selepas menjadi sasaran kritikan setelah Arsenal tewas kepada Crystal Palace.

Pemain pertahanan Jerman itu gagal memberi impak yang meyakinkan barisan pengurusan tertinggi Arsenal setelah berpindah dari Valencia pada tahun 2016.

Ozil
Mesut Ozil Antara Pemain Yang Dikatakan Bakal Dijual Pada Musim Panas

Selain itu, Mesut Ozil dan Henrikh Mkhitaryan mungkin akan diletakkan sebagai pemain pilihan untuk dijual dalam usaha The Gunners mengawal pembayaran gaji pemain.

Selain daripada 3 pemain ini, Mohamed Elneny, Carl Jenkinson, Calum Chambers dan David Ospina juga antara pemain yang berdepan kemungkinan akan dijual.

Ketika ini, Chambers sedang bermain untuk Fulham sementara Ospina pula sedang berada di Napoli

Ramsey
Aaron Ramsey Sarung Jersi Juventus Selepas Tinggalkan Arsenal

Terdahulu, Arsenal telah pun menjual Aaron Ramsey kepada Juventus dalam usaha untuk mengurus pembayaran gaji pemain.

Selain Ramsey, Petr Cech dan Denny Welbeck antara yang meninggalkan Arsenal pada akhir kempen musim ini.

Dengan baki 4 perlawanan, Arsenal sedang bergelut untuk mendapat tempat 4 teratas liga, satu mata di belakang Chelsea.

Leave a Reply

%d bloggers like this: