Klopp Dan Salah Tak Lagi Sehaluan

Bintang sensasi Liverpool, Mo Salah dan pengurus The Reds, Jurgen Klopp dilaporkan tidak lagi sehaluan.

Perkara ini berlaku lantaran tindakan pemain kelahiran Mesir itu mengeluarkan kenyataan untuk berpindah ke kelab lain.

Salah
Salah suarakan Hasrat Untuk Berpindah Dari Liverpool

Laporan daripada Spanish Press turut menyatakan pemain berusia itu mencipta kejutan apabila suarakan niat untuk berpindah walaupun The Reds bermain dengan baik sepanjang musim ini.

Pemain diminati ramai penyokong Liverpool itu mula mendapat tempat sejak mempamerkan permainan meyakinkan sepanjang menyarung jersi The Reds sejak musim panas 2017.

Ajen Salah, bagaimanapun menafikan kenyataan tersebut namun bertentangan dengan laporan GFFN.

Klopp
Akhbar Perancis Keluarkan Kenyataan Salah Sudah Tak Lagi Sehaluan Dengan Klopp

Sekiranya khabar angin perpindahan Salah ini benar, pastinya mengundang kebimbangan kepada penyokong The Reds.

“Berhenti sebarkan berita mengarut,” kenyataan salah seorang penyokong di Twitter.

“Salah akan kekal bermain untuk Liverpool, sama ada anda suka atau tidak,” menurut kenyataan lain di laman sosial.

Liverpool
Khabar Angin Kuat Menyatakan Salah Bakal Tinggalkan The Reds

Walaupun terdapat benyak kenyataan berbeza di media, harus diingat, Barcelona dan Real Madrid sangat terkenal dalam memanipulasi kenyataan dalam usaha mendapatkan pemain pilihan mereka.

Untuk rekod, Salah telah melakukan 23 jaringan dan 12 hantaran dalam 47 penampilan bersama Liverpool musim ini.

Leave a Reply

%d bloggers like this: