Bintang Tottenham Ini Jadi Buruan The Devils

Daily Mirror melaporkan Manchester United mensasarkan sayap kiri Tottenham, Trippier sebagai “pelan gantian” sekiranya usaha dapatkan khidmat Aaron Wan Bissaka tidak berjaya.

Trippier
Kieren Trippier Jadi Buruan United Pada Perpindahan Musim Panas

Kualiti pemain berusia 28 tahun itu diakui pengurusan United dan terpaksa berebut untuk dapatkannya dengan Manchester City.

The Red Devils mengharapkan Tottenham untuk meletakkan Trippier diletakkan dalam senarai pemain yang akan dijual dalam usaha Pochettino meraih peruntukan untuk perpindahan musim panas.

Tottenham
Trippier Mempamerkan Persembahan Menakjubkan Ketika Membantu England Ke Separuh Akhir Piala Dunia

Daily Mirror turut menggambarkan Trippier akan menjadi ganti kepada Antonio Valencia sekiranya beliau meninggalkan kelab pada musim panas.

Trippier mula menonjolkan repuasi tersendiri selepas mempamerkan permainan menakjubkan di Piala Dunia.

Persembahan tersebut sekaligus membolehkan England berjaya menempatkan diri dalam kelompok pusingan separuh akhir.

Spurs
Bintang Pertahanan Ini Sedang Bergelut Dengan Masalah Prestasi Ketika Bermain Dengan Spurs Musim Ini

Walaubagaiamanapun, itu tidak berlaku ketika beliau bersama Spurs.

Pemain pertahanan tersebut sedang bergelut dengan masalah prestasi dan kedudukannya di Spurs menjadi tanda tanya kepada banyak pihak.

Untuk rekod, beliau hanya menjaringkan 1 gol dan melakukan 3 hantaran dalam 26 permainan musim ini.

Kemenangan tipis 1-0 Tottenham ke atas Brighton Selasa lepas di Utara London membolehkan mereka kekal di kedudukan 4 teratas.

Leave a Reply

%d bloggers like this: