United Kalah Lagi Dan Ini Komen Solskjaer

Solskjaer hari ini keluarkan kenyataan terhadap persembahan anak buahnya dan komen kepada kenyataan Roy Keane selepas Manchester United kalah lagi awal pagi tadi.

Tewas kepada City 2-0 menimbulkan kemarahan ramai pihak terhadap The Red Devils termasuk komen pedas daripada Roy Keane.

United
United tewas Kepada City, 2-0 Awal Pagi Tadi

Solskjaer hari ini akui beliau hormati penilaian pedas Roy Keane selepas tewas kepada skuad kendalian Pep.

Jaringan separuh masa kedua daripada Bernardo Silva dan Leroy Sane meletakkan City kembali di puncak EPL.

Kekalahan tersebut menyaksikan David de Gea dipersalahkan sepenuhnya selain daripada Fred yang didakwa menipu.

Liverpool
Manchester City KEmbali Ke Puncak Liga Sekaligus Menyukarkan Lagi Usaha Liverpool Merebut Kejuaraan

Antara komen pedas Kean dalam pundit Sky Sports, pemain-pemain United dipersalahkan sepenuhnya di samping bertanggungjawab singkirkan pengurus terdahulu, Mourinho.

Beliau turut menambah, pemain tengah Manchester United, Fred melakukan penipuan.

Kekalahan tersebut menyaksikan The Red Devils tewas 7 daripada 9 perlawanan dan ketinggalan 3 mata di belakang Chelsea.

Keane
Roy Keane Turut Melemparkan Kritikan Pedas Terhadap Persembahan United

Soslkjaer juga akui Keane memiliki asas yang kukuh untuk keluarkan kenyataan tersebut dan beliau hormati pandangannya.

Solskjaer Komen Kenyataan Roy Keane

“Dengan Roy, saya sentiasa berhubungan baik dengan beliau. Saya juga sangat hormati pandangan beliau,” kata Solskjaer setelah tamat perlawanan.

“Kami pernah bermain bersama untuk satu tempoh yang lama, dan beliau adalah pemain Manchester United.”

“Seperti kita semua, Keane juga terkesan dengan keadaan United ketika ini, yang mana ketinggalan jauh di belakang City,” tambah beliau lagi.

“Itu adalah tanggungjawab saya untuk kembalikan prestasi mereka sebelum awal musim depan.”

“Kerana apabila anda di Manchester United, semua fokus tertuju ke arah anda, tajuk utama dan anda perlu datang berkerja setiap hari dengan usaha dan fokus yang tinggi.”

Solskjaer
Solskjaer Hormati Pandangan Roy Keane

Selain daripada Solskjaer, Marcus Rashford juga turut akui masalah prestasi Manchester United ketika ini datang daripada kesilapan pemain sendiri.

Pengkritik mula timbulkan persoalan, adakah Solskjaer masih layak untuk mengambil alih jawatan pengurus United?

Leave a Reply

%d bloggers like this: