Virgi van Dijk Terima Anugerah PFA

Pemain pertahanan Liverpool, Virgil van Dijk dinamakan sebagai penerima anugerah pemain terbaik PFA terbaik untuk tahun 2018-19.

Pemberian anugerah berprestaj itu diadakan di London pada Ahad malam lepas sekaligus menyaksikan beliau mengenepikan pesaing-pesaing lain daripada EPL dan Football League Club.

Virgil van Dijk
Virgil van Dijk Merupakan Penerima Anugerah PFA ke-9 Dari Liverpool

Van Dijk telah membuat 45 penampilan bersama Liverpool musim ini sekaligus membantu kekalkan rekod bersih sebanyak 23 perlawanan.

Di samping itu, beliau turut menjaringkan 5 gol dalam usaha mengembalikan kegemilangan The Reds dalam EPL dan Champions League.

Kapten Netherland Itu Turut Mengenepikan Mo Salah Dan Trio Dari Manchester City

Kapten Netherlands itu mengenepikan saingan daripada Sadio Mane (Liverpool), Sergio Aguero (Manchester City), Bernardo Silva (Manchester City), Raheem Sterling (Manchester City) dan Eden Hazard (Chelsea).

“Ianya menakjubkan untuk memenangi anugerah ini selepas diundi oleh semua pemain yang anda pernah bermain bersama sebelum ini. Sangat luar biasa,” komen vin Dijk.

“Saya berasakan ia adalah anugerah tertinggi yang anda boleh terima dan saya berbangga dengannya.”

Salah
Mo Salah Tidak Terpilih sebagai Pemain Terbaik PFA untuk tahun ini

Van Dijk juga telah mengenepikan rakan sepasukan, Mo Salah sebagai pemain terbaik PFA juga merupakan pemain ke-8 yang terima anugerah tersebut dari Liverpool.

Antara penerima lain ialah Terry McDermott (1980), Kenny Dalgish (1983), Ian Rush (1984), John Barnes (1988), Steven Gerrard (2006) dan Luis Suarez (2014).

Gerrard
Steven Gerrard Antara Penerima Anugerah Berprestaj PFA Sebelum Ini

 

 

 

Leave a Reply

%d bloggers like this: